Powered By Blogger

Thursday, 9 June 2016

MAGGI KARI GORENG YANG SIMPLE

Assalamualaikum w.t.b

Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Hari ini sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa, semoga amal ibadat kita diterima olehNYA. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang paling ringkas dan cepat.....

Bahan-Bahan:

2 Bungkus Maggi Kari (guna 1bungkus  perencah ja)
Sayur sawi (apa2 sayur pun bole)
1 ulas bawang merah dIHIRIS
Minyak
Tomato
1 biji Telur
1 sudu makan sos cili (tak mau letakpun boleh)
1 sudu makan kicap
garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Masak maggi dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan  bawang merah dan masak hingga kekuningan
3. Masukkan perencah dan pecahkan telur sambil dikacau rata.
4. Masukkan kicap dan sos cili. Gaul rata.
5. Masukkan sayur sawi dan tomato sehingga layu sedikit.
6. Akhir sekali masukkan maggi dan sedikit garam....
Tadaaa....sedia untuk dihidang... Maaf ye gambarnya lupa nak diambil...sebab hari tu saya tersangatlah lapar...hihi

JOM SIMPAN EMAS

Friday, 20 May 2016

TIPS NAK UJI EMAS PALSU ATAU TIDAK

Bismillah...


Harap anda semua sihat ye...Hari ini saya kongsikan cara untuk mengenal pasti emas palsu atau tidak.

Pertama(Magnet)
# emas Tidak melekat pada magnet...Jika melekat ITU bukan emas..Tetapi magnet yang digunakan bukan magnet biasa ye..ia magnet khas untuk uji emas...mampu menarik beban sehingga 2kg...magnet biasa xberkesan...

Kedua(uji Bau)
# Emas tiada bau...Gosok pada seluar jeans jika emas ia tiada bau. Jika ada bau seakan2 bau besi atau bau logam lain itu bukan emas...

Ketiga(Lihat Cop)
# Emas berbentuk barang kemas lazimnya mempunyai cop mengikut gread emas..Namun ada juga barang kemas emas yang tiada cop tetapi emas tulin....Kadang2 yang ada cop pon boleh jadi emas palsu..

Keempat(Gores Emas)
#  Jika timbul warna lain pada bahagian yang digores kemungkinan itu bukan emas..cara ini boleh mencatatkan emas itu kerana kesan goresan...

Kelima(Gigit emas)
# Emas logam yang lembut. Gigit dengan tekanan perlahan akan meninggalkan bekas. cara ini juga mencacatkan sedikit emas tersebut...

Keenam(Ar-Rahnu)
# Cara terbaik dan paling tepat untuk menguji emas anda bawa ke Ar-Rahnu dan mintalah kakitangan disitu uji ketulinan emas anda..tiada bayaran dikenakan...Nasihat saya pergilah ke mana2 cawangan Ar-Rahnu untuk menguji ketulinan emas anda bagi mengelakkan daripada di tipu..Ar-Rahnu adalah cara terbaik dan paling tepat....


POWERGOLD

Thursday, 19 May 2016

CARA BUAT CENDOL MUDAH DAN SEDAP


Bismillah....

Hari tu try buat cendol ikut resepi ni....kepada anda yang minat cendol seperti saya cuba la memang sedap...hihi boleh di hidangkan untuk 1 keluarga...Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada yang share resepi ni...tak ingat dari mana saya dapat...hehe



Anda nak emas murah....Jangan lupa KLIK SINI .

KEBAIKAN APABILA MENJADI AHLI POWERGOLD

Bismillahirohmanirohim...

Hari ini saya akan menerangkan apa benefitnya apabila menjadi ahli powergold ni....Hari itu ada member tanya...jadi saya tulis dalam blog ni...meh baca...

Firstly, of kos lah benefitnya dapat pegang emas dan simpan sendiri...kami pegang walaupun 0.50gm... (powergold bukan pelaburan emas ye...anda beli anda simpan sendiri)

Next benefit:

  • Anda urus kedai emas online sendiri
  • Free gift emas dari company 0.5gram@1.06 gram(1/4 dinar)@2dinar 8.5gm...(kali pertama)
  • Bonus setiap belian dan jualan
  • Dapat bonus setiap 15 hari...
  • Dapat percuma web promosi & web rasmi 
  • Latihan dan bimbingan berterusan...
  • Katalog emas diberi
  • Informasi sentiasa update dari stokis dan rakan2 ahli
  • Dapat beli harga kilang pada harga ahli dan harga stokis
  • Bonus tajaan (rm50 ahli dan rm400 stokis)
  • Bonus pairing (jika rajin menaja) tak paksa.. tapi yang nak income amat lah digalakkn
  • Profit sharing setiap hari (selepas taja seorang diberi secara ansuran setiap hari) rp1@rp2@rp3
  • Bonus unilevel (bagi yang suka menaja + repurchase)
  • Ewallet auto debit (minima rm100 akan masuk direct dalam akaun bank)
  • Akan diguide dlm group emas & macam2 lagi...
TERBUKA KEPADA

  • Suri Rumah
  • Yang Suka Beli Barang kemas
  • Studen
  • Pesara
  • Yang Mahu Berniaga 
  • Peminat Emas
  • Yang Suka Online
  • Lelaki Mahupun Perempuan....
PILIHAN YANG TEPAT DITANGAN ANDA ^_^
"1gram, 1bulan, 1 keluarga"

http://www.hannangemilang.com/fadl88POWERGOLD




Wednesday, 3 June 2015

EMAS GOLD BAR :CASTING VS MINTED

Tahukah kita ❓
gold bar nih ada 2 jenis: cast and minted.
Yg dieorg jual pam mcm biskut tu jnis cast,,, powergold  jnis minted sbb tu cantik,,, tp powergold x kenakn
Cast gold nih rupanya hodoh, tapi kos pembuatan yg rendah -- keluar relau masuk dlm acuan, stamp no siri... setel.
Minted gold menjalani process tambahan -- pertama, minting untuk bentuk dia yg cantik dan kedua, packaging dlm kad plastik -- semakin kecil gold bar tu makin mahal kos pembuatan.
Wallahu a'lam...
Layari
www.hannangemilang.com/fadl88

Tuesday, 26 May 2015

KELEBIHAN BILA MULA MENYIMPAN EMAS

KELEBIHAN BILA MULA MENYIMPAN EMAS
1. Emas sebagai aset.
Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib..
Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset..(kumpul yg boleh bantu kita bila sangat terdesak)
Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu..(insyaaAllah jika ada cara lain)
Tambahan dengan gaji yang masih kecil..
Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset..(kumpul semampu ikut kemampuan)
Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM 163 untuk goldbar 1gm di Powergold...
Berminat bole layari
www.hannangemilang.com/fadl88

Friday, 22 May 2015

RESEPI KEK BATIK RANGUP

Assalamualaikum...
Hari ini saya kongsikan resepi nak buat kek batik...tapi saya lebih suka panggil resepi ini biskut batik... sebab rasanya rangup sangat. Hingga menjilat jari rakan2 saya dekat opis...hihi try tau..selamat mencuba....

Monday, 25 March 2013

Kematian Itu Pasti Terjadi

Apabila mendengar berita tentang kematian rakan kita, menggigil rasa diri ini.  Ya Allah betapa dekatnya maut itu, namun kita masih selalu teralpa dengan hal-hal dunia yang sementara ini. Kadang-kadang kita sepertinya tidak mempercayai bahawa orang yang paling hampir dengan kita samada rakan-rakan ataupun keluarga sendiri pergi menghadap Illahi. Apatah lagi jika pergi secara mengejut. "Macam tak percaya...semalam masa saya jumpa si pulan...sihat je..kenapa dia meninggal?" lebih kurang begitulah kata-kata yang selalu di tanyakan. Mungkin kita terlupa bahawa"Daripada Allah Kita datang kepadaNYA kita kembali". Sesungguhnya kematian itu adalah benar. Allah telah merahsiakan beberapa perkara seperti kematian.. Namun sebenarnya Allah telah memberikan tanda-tanda kepada orang-orang yang dikehendakinya....


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Semoga kita berada dalam golongan orang-orang yang menyedari tanda-tanda ini... sekadar renungan buat diri... 


Friday, 15 March 2013

Makna Doa di Antara 2 Sujud

Bismillah...

Marilah kita menghayati makna doa di antara 2 sujud... Salah satu doa yang paling mudah dan baik....


"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku

"Warhamni" - sayangi aku


"Wajburnii" - tutuplah aib-aibku


"Warfa'nii" - angkatlah derajatku


"Warzuqnii" - berilah aku rezeki


"Wahdinii" - berilah aku petunjuk


"Wa'Aafinii" - sehatkan aku


"Wa'fuannii' - maafkan aku



Semoga bermanfaat...

Ya Allah kau khusyukkanlah kami ketika mendirikan

 solat..aamiin

Thursday, 14 March 2013

Ingat 3 Perkara Ini Dalam Hidup Kita


Bismillah..
Saya amat suka dengan kata-kata ini...

ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI

 1. Waktu
 2. Perkataan
 3. Kesempatan

 ...
 ♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA

 1. Kemarahan
 2. Kesombongan
 3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA

1. Cinta Kasih
 2. Keluarga
 3. Sahabat

-[Abdul Malik]-